Saturday 14 January 2012

Stok Kasturi Hijau Susu !

Khasiat Kasturi
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam
terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A.
dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati
mempunyai banyak khasiat, antaranya:-

1) Memberi kekuatan pada roh
Haruman adalah santapan roh,
manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi
dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi”
(Hadis Riwayat Muslim)

2) Menenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak

4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan

5) Menghilangkan debaran jantung

6) Menghilangkan Sesak Nafas

7) Melegakan Lelah (Asma)

8] Menyedarkan orang yang pengsan

9) Memperkuatkan organ luaran tubuh

10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh

11) Menghilangkan rasa gementar

12) Menghilangkan sejuk tubuh

13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh

14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang

15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing

16) menjernihkan mata putih pada mata

17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan

18] Mencegah wabak penyakit

19) Melanjutkan usia

20) Meredhakan Allah SWT,
menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh,
dan sebaliknya dapat mengusirkan
syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.
Menurut Imam Syafie R.A. bahawa
antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani
ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).
sumber: Madrasah Darul Atiq

No comments: